Pesan Dari Penguatkuasa Undang-Undang

Hari ini SMKASM telah di kunjungi oleh Cif Inspektor Anuar (Pegawai Polis Perhubungan baru) daripada IPD Melaka Tengah. Mengambil waktu kelas Tafaqquh beliau telah menyampaikan nasihat yang begitu berguna buat semua pelajar. Undang-undang Negara dan peraturan sekolah merupakan perkara-perkara yang wajib dipatuhi oleh semua orang. Hidup peraturan merupakan suatu yang lazim dalam sesebuah organisasi. Individu yang tidak mengikut peraturan wajar dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan yang salah akan mengakibatkan penyesalan yang tidak berkesudahan. Justeru itu selaku pelajar kita wajib menuruti peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Sering berlaku di kalangan pelajar salah laku mencuri, buli, pergaduhan, lari daripada asrama, ponteng sekolah dan lain-lain kesalahan. Ini merupakan tindakan-tindakan yang menyalahi peraturan. Tindakan yang akan dikenakan akan direkodkan dan ianya pasti akan menjadi sejarah hitam yang tidak mudah untuk dipadamkan daripada diari hidup kita.
Semoga dengan maklumat serta nasihat yang disampaikan akan menyadarkan kita dan menjadikan kita individu yang sentiasa berhati-hati untuk membuat sesuatu tindakan.

Allah lebih menyayangi.......


Pemergian seseorang adalah kerana kasih Allah terhadapnya. Pada 2 haribulan yang lalu, datuk kepada salah seorang ahli badar, Muhammad Khairuddin Akmal, telah kembali ke rahmatullah selepas Maghrib... Khairuddin baru sahaja menerima berita ini semasa berada di sekolah dan terus pulang ke kampung halamannya. Berita ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua tentang kehidupan yang fana' tidak kekal abadi dan kita sepatutnya bersedia dalam menghadapi kehidupan selepas mati. Semoga kuburnya dilapangkan dan ditempatkan di taman-taman syurga.. Bersama-samalah kita doakan datuknya agar dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

Al-Fatihah.......

Budaya Ilmu VS Asakan Maklumat


Diantara keterpaksaan dan keikhlasan menuntut ilmu. Dua pertembungan yang perlu dihadapi oleh seseorang yang bergelar pelajar. Seharusnya para pelajar sejak dari awal menjejakkan kaki ke perkampungan ilmu ini menetapkan nawaitu mereka. Ini kerana hari-hari yang akan ditempuhnya sangat mencabar. Bagi warga as-Sultan mereka harus berlumba dengan masa. Mereka harus bersedia dengan asakan minda, informasi dan maklumat yang bakal dicurah siang dan malam. Khususnya bagi pelajar asrama. Bermula dari awal pagi hingga jam 2.15 petang, istirehat kemudian disambung dengan kelas persediaan pada waktu petang atau aktiviti koku yang melelahkan (buat masa ini dengan cuaca yang agak panas). Disambung pula kelas tambahan bermula jam 8.45 mlm sehingga 10.45 mlm sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi untuk menempuh semua itu. Tanpa keikhlasan dan keazaman yang tinggi pasti ramai yang kecundang dan terpesong dari arah tuju yang dipasang seawal kaki melangkah ke perkampungan ilmu ini.
Dari satu sudut apakah natijah yang akan terhasil.... Adakah akan terhasil manusia yang berbudaya ilmu atau sekadar manusia yang bermaklumat tanpa roh ilmu. Di antara orang yang cinta kepada ilmu dan orang yang hanya sekadar tahu kerana diberi tahu. Fikir-fikirkan.

Perginya seorang insan yang bergelar bapa...


Hari Jumaat yang lalu telah perginya seorang insan yang bergelar bapa kepada Uztaz Hamdan bin Harun . Dikatakan pada malam Jumaat hari itu bapanya berada dalam keadaan kritikal. Namun Allah lebih menyayangi beliau . Dikatakan beliau meninggal pada pagi Jumaat dan pada pada pagi itu juga kami di sini mengadakan tahlil dan bacaan yasin untuk arwah ayah uztaz Hamdan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kuburnya di antara taman-taman syurga yang diredhai Allah S.W.T. Al-Fatihah....

Dakwah & Generasi Muda



Malam minggu pertama di SMKA Sultan Muhammad di hiasi dengan pengisian rohani yang di sampaikan oleh Ust Mohsin bin Jaamat bekas pelajar SMKA Sultan Muhammad.


Gotong royong Guru-guru PAIBA kali 1



Di bawah pimpinan baru PAIBA guru-guru PAIBA telah memulakan sesi baru 1431H dengan program Usrah. Usrah pertama guru-guru PAIBA telah diisi dengan aktiviti gotong royong membersihkan Surau al-Islah. Surau yang bertuah ini akan diperlengkapkan dengan pelbagai kemudahan agar dapat mencapai ke peringkat Islamic Center yang dapat menjadi tempat pembina generasi kamil mutakamil. Diharapkan dari program yang dijalankan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan wihdatul fikri dan wihdatul a'mal. Tahniah buat pengurusan PAIBA yang baru dibawah al-Fadhil Ust Tuba Nihrir.

Liqa'Nuqaba' Kali Pertama


Kali pertama warga asrama SMKA Sultan Muhammad tidak balik ke kampung. Walupun bilangan yang tinggal tidak sampai 300 orang, BADAR SMKA Sultan Muhammad tetap bersemangat merancang program dan menjalankan aktiviti yang telah dirancang sejak akhir tahun lepas.
Pada petang Jumaat yang lepas BADAR SMKA Sultan Muhammad telah berjaya mengadakan Liqa' Nuqaba' yang pertama. Dengan dibantu 3 orang fasilitator yang terdiri daripada x-student SMKA Sultan Muhammad. Perjumpaan kali pertama ini menfokuskan team work dan bijak mengurus masa. Para peserta begitu positif dan aktiv mengikuti program yang dijalankan.
Selain daripada itu masa diantara Maghrib dan Isyak telah diisi dengan program ceramah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Hazali bin Hasan guru dari SMK Dang Anum. Ceramah berkisar tentang Akidah. Dengan mendatangkan dua cerita yang seharusnya menjadi renungan iaitu kisah Ashabul Kahfi dan Ashabul Uhdud beliau membawa para hadirin ke arah kefahaman bahawa akidah adalah suatu nikmat yang tiada galang gantinya.
Sebagai pelengkap kepada program yang dirancang pada malam itu diteruskan dengan aktiviti Qiyamullail yang dipimpin oleh Sdr. Khairilanuar.

Perlunya keimanan dalam diri....

Dalam kehidupan seorang muslim perlunya kimanan dalam diri kita. Antara sebab kita perlu iman dalam kehidupan kita adalah banyaknya pengaruh dalam kehidupan kita. Contohnya seperti khabar angin tentang bumi akan kiamat pada 2012. Ini tidak benar kerana dalam Al-Quran sendiri ada mengatakan bahawa hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui tentang tarikh keramat ini . Kita sebagai hambanya tidak layak menentukan tarikh keramat ini kerana kita tidak berkuasa dalam menentukanya walaupun terdapat bukti-bukti yang kukuh yang dapat menyokong fakta tersebut. Allah S.W.T telah menetapkan bahawa hari kiamat adalah tarikh rahsia yang hanya diketahui oleh Allah. Tentang 2012 ini , mungkin Allah ingin kita sedar tentang dosa-dosa yang telah kita lakukan dan kita bertaubat segera sementara pintu taubat terbuka luas. Sejak kebelakangan ini umat Islam termasuk saya sering melakukan dosa tidak kira antara sedar atau tidak sedar. Oleh itu Allah mendatangkan pelbagai peringatan agar kita tidak tersimpang jauh dari jalan-Nya. Sesungguhnya Allah amat mengasihi terhadap kita terutamanya umat Islam kerana ditimpakan musibah seperti kematian,bencana alam,dan pelbagai lagi untuk kita sedar tentang kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan mengutamakan kehidupan akhirat yang bakal menentukan kehidupan kita yang sebenarnya. Tidak usahlah kita mengejar sangat kehidupan di dunia yang penuh dengan tipu daya dan kemewahan semata-mata. Di sini ingin saya mempertontonkan video yang mengenai doa taubat oleh Junied.

video

Cuti sekolah bermula.......


Musim cuti sekolah telah bermula. Jadi penuhkanlah cuti anda semua dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna seperti membaca Al-Quran,bertahajud,berzikir dan sebagainya. Manfaatkanlah cuti ini dengan bermakna terutamanya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti UPSR,PMR,SPM dan lain-lain lagi. Pada masa inilah kita berpeluang untuk mengulang kaji pelajaran mengikut cara kita sendiri. Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, kejayaan tidak semestinya memerlukan ilmu pengetahuan semata-mata, namun keberkatan ibu bapa juga penting kerana keredhaan
Allah terletak di atas ibu bapa juga. Juga diingatkan, kegagalan dalam kemuliaan lebih baik dari cermelang dalam kehinaan.



Maksudnya di sini, perbuatan meniru di dalam peperiksaan adalah sesuatu perbuatan yang hanya tahu menciplak kejayaan orang lain. Ini tidak menunjukan potensi diri sebenar kita yang merupakan kejayaan yang hakiki lagi bagus sebenarnya dari orang lain. Oleh itu percayalah bahawa diri kita mampu mengukir sebuah kejayaan tanpa perlu meniru kejayaan orang lain.

Menoleh Kebelakang dan Maju Kehadapan


Para peserta tekun menikuti sesi LADAP

Julung-julung kalinya guru-guru SMKA Sultan Muhammad dan beberapa orang staff telah dibawa ke luar sempadan sekolah untuk bermesyuarat berkaitan dengan perjalanan sekolah. Sesi yang dimulakan dengan semakan semula minit mesyuarat yang lalu dan perbincangan tentang beberapa perkara berbangkit. Padat dengan muhasabah dan flash back serta bagai mana harus kita lakukan untuk melalui masa-masa akan datang yang lebih mencabar dan mendambakan kecemerlangan SMKA Sultan Muhammad. Suatu misi yang bukan mudah untuk dilaksanakan tanpa kerjasama dari pada semua pihak. Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan yang mantap oleh pihak pentadbiran, komitmen guru-guru, kerjasama baik para staff sokongan, semangat dan usaha yang berterusan pelajar-pelajar, suasana pembelajaran yang kondusif, PIBG yang sentiasa menyokong dasar sekolah dan terus berusaha mencari dan menymbang dana untuk menggerakkan program kecemerlangan sekolah dan mungkin masyarakat setempat yang menyokong pembinaan kecemerlangan sekolah. Semoga Allah mengabulkan cita-cita murni ini. Amin



Perjumpaan diakhiri dengan program Jamuan Akhir Tahun anjuran Kelab Staff

Lawatan ke Maahad Muar



















Walaupun semasa musim peperiksaan, Badan Pengawas SMKA Sultan Muhammad tetap dedikasi dalam menjalankan tugas tidak kira masa, tempat dan waktu demi kecemerlangan sekolah.
Pada hari Rabu, 4 November yang lepas, Badan Pengawas SMKA Sultan Muhammad dan lebih kurang 20 orang guru telah melawat SMKA Maahad Muar yang merupakan antara perintis Program SUMUR.
Lawatan ini bertujuan bagi mencekapkan lagi pengurusan pentadbiran sekolah dan asrama di bawah pengurusan Badan Pengawas.

Sifat Orang Islam



Muslim yang sebenar ialah mukmin yang sanggup menganggapseorang Islam yang lain itu sebagai saudara kandungnya. Maksudnya bentuk hubungan itu sangat kuat, tiada pengkhianatan dan kezaliman hasil daripada iman yang telah menguasai gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu untuk mendapatkan keredhaan Allah. Selain itu seseorang saudara itu haruslah melepaskan kesusahan dan kedukaan saudaranya atau dalam erti kata lain berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan kesenagan dan kegembiraan antara sesama Islam. Sesungguhnya mereka yang berusaha menolong orang lain akan mendapat balasan baik daripada Allah s.w.t. Lagi-lagi, keaiban,keburukan dan kejahatan sama ada kecil atau besaryang dilakukan oleh saudara kita, hendaklah disembunyikan dan tidak dihebahkan.

Orang Islam adalah bersaudara. Justeru, kita tidak boleh melakukan kezaliman dan pengkhianatan sesama sendiri.Menunaikan hajat sahabat kita merupakan salah satu cara untuk mendapatkan keredhaan Allah. Selain itu kita haruslah berusaha untuk menghapuskan kedukaan sahabat kita yang merupakan galakkan Islam sendiri seperti menziarahi mereka ketika sakit atau membantu mengurangkan kesulitan sahabat.Oleh itu berusahalah ke arah kebaikan kerana setiap perbuatan ada pembalasan dari-Nya....

Perginya Seorang Guru


Pada 22 Oktober telah perginya seorang pindidik smkasm iaitu puan Satrina Satwinder binti Abdullah . Perginya beliau telah membawa pelbagai kenangan manis di Sultan Muhammad. Beliau juga merupakan GKMP Kemanusian. Permergian beliau diiringi dengan pelbagai aktiviti seperti choral speaking , ucapan pengetua, penyampaian hadiah, dan lain lain lagi. Beliau juga dikunjungi oleh rakan-rakan beliau yang terdahulu. Akhir program, beliau diiring oleh semua pelajar bermula dari hadapan bilik GKMP hingga ke pagar sekolah .

Lawatan Sambil Belajar Pelajar Tingkatan 3


Hari ini pelajar-pelajar tingkatan 3 dibawa melawat ke sekitar Bandar Melaka. Mereka akan dibawa menyelusuri Sungai Melaka yang bersejarah dan membuat kajian lapangan di kampung Morten yang terletak di tebing sungai Melaka. Selain itu juga mereka akan melihat permandangan yang indah dari Menara Taming Sari dan melawat beberapa buah muziun yang terdapat di sekitar A' Farmosa. Semoga lawatan ini dapat membuka minda mereka dan memberi keinsafan betapa besarnya nikmat kemerdekaan.

Adab Mendengar

28 September 2009, Isnin. Perhimpunan rasmi di Dewan Besar SMKSM, pelajar-peajar berkumpul untuk menghadiri perhimpunan rasmi kali pertama selepas cuti Hari Raya Aid Fitri yang agak panjang. Suasana agak hiruk pikuk. Mungkin masing-masing sibuk bercelotoh tentang pengalaman mereka melalui lebaran. Tetapi tempatnya rasanya kurang sesuai. Ianya berlarutan hinggalah bermula program. Mujurlah ada barisan pengawas yang dapat meredakan sedikit keadaan. Walaubagaimanapun ianya tidak bermakna jika berlaku tatkala dipantau. Sepatutnya kesadaran itu datang dari dalam diri. Bukankah kita sering ajar dengan adab-adab mendengar khutbah atau ceramah. Sepatutnya kita memasang telinga dan memberikan sepenuh tumpuan sewaktu seseorang sedang berucap dihadapan. Budaya ini harus diubah. Kalau tidak ia akan terbawa bawa masuk ke dalam kelas lebih teruk lagi berlaku sewaktu orang solat di musalla atau ketika di masjid ketika solat Jumaat. Ilmu tanpa penghayatan dan pengamalan tiada manfaatnya. Kalau ia tidak digunakan jadilah insan yang berilmu itu insan yang tak berguna. Bukan ilmu yang tak berguna tapi orang tersebut yang tak guna.(tak gunakan ilmu)

Berikut merupakan inti pati dari ucapan Tn Hj Ariffin selain beliau mengingatkan kepada para pelajar khususnya segelintir pelajar-pelajar menengah atas agar lebih bertanggungjawab. Agar tanggungjawab (taklif) yang diberikan itu menjadi kita seorang yang dipandang mulia (tasrif) oleh orang lain. Bukan menjadi orang yang dibuai kemuliaan (tasrif)sedang lupa tanggungjawab (talif) yang diamanahkan. Maka jadilah mereka orang yang dipandang hina oleh orang lain.


Selamat Hari Raya. كل عام و أمتم بخير